Tambah jumlah penerbangan dengan kadar tambang murah sempena musim perayaan – Wee Ka Siong

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SYARIKAT-SYARIKAT penerbangan tempatan diharap dapat menawarkan penerbangan tambahan dengan harga yang rendah khususnya pada musim perayaan yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, menambah kapasiti dan jumlah penerbangan pada waktu puncak merupakan langkah berkesan bagi mengatasi kesesakan dan berupaya mengurangkan kadar tambang.

Jelas Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, beliau yakin perkara tersebut dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi dengan adanya Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) baharu.

“KLATCC baharu ini berupaya meningkatkan pergerakan pesawat di KLIA dan KLIA2 kepada 108 pergerakan sejam dengan menggunakan tiga landasan secara serentak berbanding hanya 84 pergerakan sejam menggunakan dua landasan sebelum ini.

“Pada Mei 2022, ketika sempadan negara baru dibuka, terdapat banyak syarikat penerbangan menghadapi kesukaran untuk menambah jumlah penerbangan kerana banyak pesawat mereka terpaksa direhatkan (grounded) semasa pelaksanaan sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19. 

“Oleh itu, mereka perlu melalui proses MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) yang agak lama sebelum dibenarkan beroperasi demi keselamatan orang ramai,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Baca lagi: Wee Ka Siong jumpa PM, utarakan isu komuniti Cina

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, lebih banyak pesawat sudah siap melalui proses MRO ketika ini.

Jelas beliau, perkara itu secara tidak langsung akan membolehkan syarikat penerbangan untuk mampu melakukan penerbangan pada waktu tengah malam dengan kadar tambang yang lebih rendah.

Katanya, beliau yakin perkara tersebut turut akan diusahakan oleh Kementerian Pengangkutan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Tak lama lagi kita akan menyambut Tahun Baru Cina dan selepas itu, Hari Raya Aidil Fitri. 

“Kita mengharapkan agar pihak MAS, Air Asia, Batik Air dan sebuah syarikat penerbangan tempatan yang baharu, MyAirline, yang mula beroperasi pada awal Disember 2022 ini (jika mampu), dapat merealisasikan cadangan tersebut serta menawarkan kadar tambang murah kepada para penumpang semasa musim perayaan.

“Beberapa bulan lalu, pihak MAVCOM dan CAAM pernah bertemu dan berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia untuk menambah penerbangan pada waktu tengah malam dan MAHB disarankan melanjutkan pengoperasian. 

“Perkara ini telah pun dipersetujui secara dasarnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This