SEORANG pelakon sambilan lelaki yang bertindak memandu secara melulu di Jalan Lingkaran Tengah 2, Hulu Kelang petang semalam, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, penumpang Perodua Myvi mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kereta.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek berusia 30 tahun yang menaiki Perodua Myvi memandu secara melulu dengan menukar lorong secara zig-zag.

“Suspek juga telah hilang kawalan sehingga melanggar sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Polis cari pemilik ‘dashcam’ rakam pemandu Myvi biru lagak ‘samseng’

Jelasnya, kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat telah hadir membuat laporan pada petang tadi dan pemandu Myvi ditangkap bagi siasatan lanjut.

“Permohonan reman akan dibuat esok hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sehubungan itu, saksi diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram