PH perkauman? Ketua Pembangkang Perak dicabar ulangi dakwaan

Dari Penulis

KETUA Pembangkang Perak, Razman Zakaria dicabar untuk mengulangi dakwaan ketika di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam yang kononnya Pakatan Harapan (PH) memainkan sentimen perkauman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari berkata, Razman melemparkan dakwaan berkenaan ketika sesi perbahasan tetapi tidak memberikan penjelasan apabila diminta.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas kerana PH tidak pernah memainkan sentimen perkauman sebaliknya menghormati peruntukan yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi saya nak sebutkan, kita menafikan sekeras-kerasnya bahawa kita bermain dengan soal politik perkauman ini. Kita menentang politik perkauman. Jadi ini yang mungkin gagal difahami.

“Soalan ini gagal difahami oleh saudara Ketua Pembangkang daripada Gunung Semanggol. Kalau beliau betul-betul komited dan sungguh-sungguh untuk menuduh kita, sila ulas di luar, ulang di luar dewan.

“Jadi kita boleh ambil tindakan sewajarnya. Sama ada kita membuat laporan polis, atau pun mengambil tindakan undang-undang untuk saman beliau,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Baca artikel lain: Janji temu di fasiliti kesihatan primer guna MySejahtera mulai hari ini

Abdul Aziz berkata, Razman tidak sepatutnya membangkitkan isu-isu yang disifatkan sebagai sebaliknya perlu berbahas soal dasar, perpaduan dan sebagainya.

Katanya, wakil rakyat perlu bertanggungjawab dan tidak membuang masa berbahas di DUN dengan menyebut perkara-perkara yang tidak menggambarkan kepentingan rakyat.

“Tolonglah jangan main isu-isu macam ini supaya Ketua Pembangkang itu lebih dihormati dan lebih berperanan dalam Dewan dengan memperjuangkan nasib serta kehendak rakyat, itu yang kita nak.

“Sebab kita dah berikan kedudukan yang sewajar kepada Ketua Pembangkang, ada pejabat, ada kereta dan semua ada. Jadi maknanya mainkan peranan secara yang konstruktif, yang baik,” katanya.

Ketika sesi perbahasan Bajet Negeri Perak 2023 semalam, Razman dalam ucapannya menuduh terdapat pihak meniup api perkauman yang memberi tekanan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Bagaimana pun ketika Abdul Aziz bangun meminta penjelasan, Razman berkata, perkara itu boleh dilihat ketika PH memerintah selama 22 bulan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This