KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyarankan kepada masyarakat terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan dos vaksin penggalak COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasminya hari ini berkata, saranan itu susulan perkembangan terkini penyakit tersebut di China ketika ini.
Jelas beliau, walaupun ketika ini kes dalam negara masih terkawal dan menurun, tindakan siap siaga perlu diambil.
Baca lagi: COVID-19: KKM pertingkat kesiapsiagaan susulan peningkatan kes di China
Selasa lepas, Dr Noor Hisham dalam kenyataan memaklumkan KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat COVID-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China.
Antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan dan kematian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

