PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sah telah pun menghantar surat rasmi kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), hari ini.
Surat rasmi sebagai bantahan itu berhubung mutu pengadilan ketika perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 antara Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi, Selasa lalu.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tindakan tersebut dibuat selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk S Sivasundaram.
Menurut beliau, Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM telah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut.
“Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan telah pun dihantar ke Setiausaha Agung AFF, Winston Lee, petang tadi.
Baca artikel berkaitan: Piala AFF: Vietnam tewaskan Malaysia 3-0 dalam perlawanan penuh kontroversi
“Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mutu pengadilan ditampilkan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato mencetuskan persoalan dan kritikan peminat bola sepak negara pada perlawanan itu.
Keputusan memberikan sepakan penalti kepada Vietnam ketika kedudukan 0-1 jelas menyentak semangat pemain Malaysia yang akhirnya menyaksikan Harimau Malaya tumbang 0-3.
Bukan itu sahaja, Sato turut melayangkan kad merah kepada pertahanan Azam Azmi Murad susulan pergelutan di luar kawasan padang dengan pemain Vietnam, Doan Van Hau pada minit ke-59.
Beberapa keputusan pengadilan lain termasuk ketika Van Hau ‘menghentak’ Azam Azmi dan Sharul Nazeem pada separuh masa pertama turut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

