Litar pintas dipercayai punca Wisma Jakel Shah Alam terbakar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEBAKARAN yang berlaku di Wisma Jakel Shah Alam, pagi tadi dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran yang memusnahkan 80 peratus bangunan Wisma Jakel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa.

Namun begitu, Mohd Iqbal memaklumkan, jumlah kerugian masih belum diketahui.

“Pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 7.10 pagi mengatakan berlakunya kebakaran di Jakel Shah Alam, Seksyen 7.

“Tindakan awal adalah menghubungi pihak bomba yang mana sebanyak sembilan buah jentera telah sampai bagi memadamkan kebakaran.

“Polis Shah Alam juga telah membuat kawalan lalu lintas di kawasan kebakaran serta kawalan keselamatan sekitar tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jakel Shah Alam hampir musnah, terbakar 80 peratus

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal memaklumkan, pihaknya juga hanya menutup jalan dalam kawasan kebakaran itu sahaja dan tidak melibatkan penutupan jalan utama.

“Setakat ini keadaan lalu lintas masih terkawal. Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak berhenti di tepi jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Pihak bomba juga masih berusaha memadamkan kebakaran dengan asap tebal di sekitar kawasan itu ekoran daripada lambakan gulungan baik di tempat kejadian,” jelas beliau.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan gedung tekstil terkenal iaitu Wisma Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang menyaksikan 80 peratus bahagian kedai berkenaan hangus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This