SYARIKAT tekstil, Jakel dianggarkan mengalami kerugian awal mencecah RM100 juta susulan kejadian kebakaran membabitkan wisma gedung itu di Seksyen 7, Shah Alam, pagi tadi.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel memaklumkan, jumlah kerugian awal itu bernilai RM100 juta itu bagaimanapun hanya melibatkan nilai bangunan lot kedai Wisma Jakel tersebut.
Kata beliau, jumlah sebenar kerugian masih belum dapat dipastikan.
Menurut Mohamed Faroz, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh adiknya yang juga merupakan pengurus Jakel cawangan Shah Alam itu kira-kira pukul 7.17 pagi.
“Ini kerugian besar kepada syarikat, namun kami reda dengan ketentuan Allah ini dan saya yakin ada hikmah, serta yakin Allah akan ganti dengan lebih baik. Sebagai orang Islam kita kena percaya,” katanya dan menambah cawangan Jakel Shah Alam itu membawa keuntungan kepada syarikat sekitar RM300 juta setahun.
Baca artikel berkaitan: Litar pintas dipercayai punca Wisma Jakel Shah Alam terbakar
Mohamed Faroz berkata pihaknya akan berusaha mencari lokasi sementara yang baharu di sekitar Shah Alam secepat mungkin bagi meneruskan perniagaan, terutama menjelang ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran yang berlaku di Wisma Jakel Shah Alam itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Beliau berkara, kebakaran yang memusnahkan 80 peratus bangunan Wisma Jakel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa.
Namun begitu, Mohd Iqbal memaklumkan, jumlah kerugian masih belum diketahui.
Mohd Iqbal turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berhenti di tepi jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

