UMNO dalam mod ‘krisis’, tak timbul isu demokratik tiada pemilihan Presiden – Penganalisis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TIDAK timbul sebarang isu demokratik sekiranya UMNO enggan mempertandingkan dua jawatan utamanya dalam pemilihan kali ini.

Hal ini kerana parti tersebut kini berada dalam mod ‘krisis’ susulan daripada masalah perpecahan dan kemeruduman keyakinan rakyat yang dihadapi pasca pilihan raya umum.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sejarah menyaksikan pemimpin dunia juga pernah bertindak tidak demokratik ketika krisis dalam usaha menyelamatkan parti atau negara.

Ujarnya, sebagai contoh tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang Franklin D. Roosevelt yang mengarahkan pemilihan presiden tidak diadakan susulan ancaman perang.

Tegasnya, tindakan tersebut pada awalnya enggan diterima kerana didakwa tidak demokratik namun ia mula dihadam oleh rakyat setelah melihat sisi baik yang dibawa.

“Isu demokrasi ini sangat subjektif, pemilihan tetap ada tapi cuma jawatan pemilihan tidak dipertandingkan atas faktor kestabilan dalam parti. Jika itu yang dilihat lebih afdal, lebih penting, itulah rasional dia.

“Di luar negara pun bila krisis atau pun menuju ke arah krisis, memang kadang-kadang tindakan yang dilihat tak demokratik tapi sebenarnya itu jaminan kepada kelangsungan parti dan negara tersebut,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Kebakaran Wisma Jakel : Polis ambil alih kes jika ada unsur khianat

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan sebaliknya parti itu perlu fokus kepada usaha pengukuhannya selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

Beliau turut mengingatkan ahli parti supaya tidak terpedaya dengan sesetengah Ahli Parlimen yang menang kerusi di bawah tiket parti namun didakwa khianat dan bersekongkol dengan pihak lawan.

Malah katanya, Ahli Parlimen berkenaan diketahui sudah menggerakkan usaha mengangkat diri mahu menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Prof Mohd Azizuddin menambah, perlu ada kebijaksanaan dalam kalangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung isu ini ketika membuat keputusan demi menjamin kedudukan parti.

Katanya, sekiranya pemilihan akan mengakibatkan perpecahan, adalah lebih baik ia tidak diberikan keutamaan pada ketika ini.

“Pemilihan sebenarnya kadang-kadang walaupun nampak demokratik kadang-kadang ia boleh juga menganggu parti, memecahbelahkan parti, jadi sekarang ini terserah kepada UMNO.

“Sekarang ini semua orang bercakap isu kestabilan, kestabilan kerajaan, kestabilan parti, jadi jika merasakan pemilihan akan memecahbelahkan parti saya rasa baik tak perlu.

“Tapi kalau merasakan ia demokratik dan tidak menyebabkan berlakunya perpecahan dalam parti, saya rasa boleh diteruskan, ” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This