KEPUTUSAN berkenaan proses pemilihan UMNO akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Khamis ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama keputusan menjemput parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO, minggu depan.
“Perkara ini kita akan bincangkan pada mesyuarat bulanan MKT, Khamis ini. Dan, malam ini akan diadakan mesyuarat pengurusan parti dipengerusikan Timbalan Presiden juga bincangkan perkara itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.
Baca artikel lain: UMNO dalam mod ‘krisis’, tak timbul isu demokratik tiada pemilihan Presiden – Penganalisis
Berdasarkan pindaan Perlembagaan UMNO tahun lalu, pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan UMNO.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini.
Kelulusan itu menyaksikan pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan, selepas diadakan sesuatu pilihan raya umum untuk kerusi Parlimen.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

