UMNO pinda perlembagaan parti selaras Akta Anti Lompat Parti

Dari Penulis

UMNO akan meminda Perlembagaan parti untuk diselaraskan dengan pelaksanaan peraturan Akta Anti Lompat Parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, satu perhimpunan khas akan diadakan pada 13 Januari ini bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi meminda perkara berkenaan.

“Maka kita akan masukkan elemen akta tersebut bagi pengguguran ahli apabila mereka keluar parti, merujuk kepada Akta Anti Lompat Parti,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Tambah Ahmad, turut dipinda adalah pertambahan perwakilan pada PAU kali ini yang mana ketua penerangan bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri secara automatik menjadi perwakilan.

“Perhimpunan khas itu juga membolehkan Ketua Penerangan Bahagian secara automatik menjadi perwakilan dalam PAU setiap tahun, membabitkan pindaan pada Fasal 8.4,” katanya lagi.

Ahmad sebelum ini dilapor berkata, pindaan dua fasal perlembagaan parti itu akan dibentangkan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pembentangan pindaan berkenaan dijadualkan bermula pada pukul 11.30 pagi selepas selesai ucapan dasar Presiden.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This