Fahmi mahu DNB jelaskan capaian liputan 5G

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini meminta Digital Nasional Berhad (DNB) menjelaskan bagaimana syarikat itu membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan liputan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai hampir 50 peratus.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) belum menentusahkan maklumat berkenaan.

“Saya fikir DNB perlu menjelaskan bagaimana mereka memperoleh angka tersebut. MCMC belum lagi menentusahkan maklumat ini.

“Lain kali, saya rasa DNB perlu menentusahkan sebelum menerbitkannya,” katanya sebagai respons balas kepada ciapan yang mendakwa angka yang diterbitkan oleh DNB itu adalah palsu.

Baca artikel berkaitan: Fahmi minta siasat dakwaan kebocoran maklumat 13 juta rakyat

Pada Isnin, Ketua Pegawai Operasi DNB Nasution Mohamed dalam satu kenyataan berkata pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara telah mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk pada akhir 2022, sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 40 peratus.

Nasution berkata rangkaian itu kini telah mencapai 15 juta rakyat Malaysia melibatkan 3,900 tapak dan bakal menjangkau lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga berkata DNB kini memberi tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus kawasan berpenduduk pada akhir tahun 2024 atau lebih awal.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This