Fahmi minta siasat dakwaan kebocoran maklumat 13 juta rakyat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CYBERSECURITY Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) diminta menyiasat dakwaan kebocoran maklumat melibatkan kira-kira 13 juta rakyat Malaysia.

Perkara itu ditegaskan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Menurut Fahmi, kebocoran maklumat 13 juta rakyat itu disifatkan dakwaan yang serius.

Beliau berkata, tindakan berdasarkan undang-undang akan diambil sekiranya dakwaan tersebut benar.

“Ini satu dakwaan kebocoran yang serius melibatkan jumlah data yang banyak.

“Saya akan minta CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Pertahan hak bersuara namun ada batas – Fahmi Fadzil

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berkongsi satu hantaran milik pengguna Facebook dengan nama Pendakwah Teknologi yang mendakwa hampir 13 juta maklumat pengguna telah bocor.

Hantaran itu mendakwa, maklumat berkenaan bocor daripada Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro.

Berdasarkan hantaran berkenaan, pada 25 Disember 2022 kira-kira 7.56 malam, sebuah laman web telah menyenaraikan 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta pengguna SPR.

Maklumat yang dibocorkan didakwa melibatkan nama pengguna, nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.

Akaun tersebut turut meminta Fahmi untuk berbuat sesuatu kerana ia merupakan masalah besar melibatkan keselamatan rakyat Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This