KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan tetap meneruskan siasatan terhadap jurulatih bola tampar remaja perempuan Melaka yang mencetuskan kontroversi kerana menampar dua pemain pasukan itu baru-baru ini.
Jaminan itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi ciapan di Twitter.
Ia selepas bapa kepada salah seorang pemain yang ditampar itu tampil menerima permohonan maaf jurulatih berkenaan dan mahu terus melatih pasukan berkenaan.
Menurut Hannah, siasatan bebas itu akan diteruskan kerana ia bukan sahaja melibatkan seorang jurulatih atau dua pemain itu semata-mata.
Kata beliau, KBS mahu menetapkan contoh bagi generasi seterusnya dalam bidang sukan.
“Pasukan itu telah membuat ciapan. Ibu bapa dan exco kerajaan negeri telah bersuara.
“Namun, KBS akan meneruskan siasatan bebas kerana ini bukan tentang satu jurulatih atau dua pemain tetapi contoh yang kami tetapkan untuk generasi akan datang dalam sukan.
Baca artikel berkaitan: Tampar pemain remaja: KPM sudah adakan pertemuan dengan ibu bapa
“Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) dan saya bersama-sama dalam hal ini. Terima kasih,” katanya dalam ciapan tersebut.
Semalam, salah seorang bapa pemain remaja perempuan yang ditampar itu tampil menganggap tindakan jurulatih terbabit sebagai kejadian biasa dalam latihan, selain anaknya juga tidak cedera.
Malah, bapa pemain itu juga mengatakan telah berbincang dengan bapa seorang lagi pemain dan sepakat memaafkan jurulatih berkenaan sambil berharap isu itu selesai serta tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak.
Bapa pemain itu turut menganggap jasa jurulatih berkenaan dalam membangunkan sukan bola tampar di Melaka sebagai amat besar.
Terdahulu, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata keputusan sama ada menggantung tugas jurulatih terbabit berhubung insiden menampar dua pemainnya akan diputuskan selepas mesyuarat pasca exco, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

