KEHADIRAN wabak COVID-19 subvarian Omicron yang dikenali sebagai BF.7 perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak kerana wujud kebimbangan ianya bersifat ‘virulence’ atau berbahaya.
Sekiranya ia berbahaya sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes tahap 4, 5 serta kematian pada ketika individu lengkap divaksin seperti di China, maka dunia kini berdepan masalah besar.
Timbalan Presiden Pertubuhan Doktor -Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria berkata, keadaan itu akan menyebabkan dunia perlu menghasilkan vaksin baharu bagi mendepani BF.7.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya segera memperketatkan semula kemasukan pelancong luar khususnya dari China bagi mengelak subvarian ini daripada terus menular.
Tegasnya, jangan diulangi sikap berlengah-lengah seperti suatu masa dahulu sehingga menyebabkan kes COVID-19 negara kini mencecah lebih 5 juta orang.
“Dekat China kebanyakannya ambil Sinovac, (negara) dunia lain ambil Pfizer, outcome Sinovac dan Pfizer ini mungkin juga menyebabkan hasil dia sekarang, kita bebas bercampur sekarang tapi kesan ICU, stage COVID itu tak nampak ketara sangat.
“(Bimbang) mungkin juga BF.7 ini Pfizer pun tak tahan, bila tak tahan dia akan jadi macam China, peningkatan kes stage 4, 5 dan kematian.
“Kita sudah dapat vaksin, tiba-tiba katalah dia jadi virulence, so kita kena mula dari awal balik. Mungkin kena cari vaksin yang khas untuk dia (BF.7),” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Baca artikel lain: Ini Bukit Jalil, anda tak boleh ‘menari’ di sini – Safawi
Sehubungan itu, Dr Zaidi menyarankan semua pihak untuk kembali menggunakan pelitup muka terutamanya di kawasan sesak atau tumpuan ramai.
Beliau turut memohon kerajaan supaya mengaktifkan semula penggunaan aplikasi MySejahtera bagi mengawal penularan di peringkat awal.
“Saya rasa sekurang-kurangnya kalau nak masuk tempat-tempat yang sesak kena pakai balik mask.
“Ujian kendiri kadang-kadang kalau kita periksa hanya 30 peratus sahaja masuk dalam MySejahtera. Saya rasa itu kena kembali kepada asal, kena ada hitam putih,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

