Janda ‘kantoi’ berkhalwat dengan lelaki Bangladesh

Dari Penulis

SEORANG wanita berstatus janda dicekup sedang berkhalwat dengan seorang lelaki warganegara Bangladesh di sebuah motel di Daerah Kulim, kelmarin.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, wanita berusia 51 tahun itu ditahan anggotanya kerana disyaki berdua-duaan dengan lelaki terbabit dalam sebuah bilik motel berkenaan.

Jelas beliau, wanita itu memberikan alasan kononnya hanya datang untuk mengurut secara sambilan di situ.

“Wanita itu mempunyai lima anak dicekup berkhalwat pada jam 12.40 tengah malam kelmarin.

“Lelaki itu berusia sekitar 30-an menetap di Sungai Petani dan hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram, mengundang syak mereka disyaki berkhalwat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Baca artikel berkaitan: Tunggu suami keluar kerja, isteri dicekup berkhalwat

Mengulas lanjut, Anwar Sharifuddin berkata, wanita dan lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis untuk dibuat laporan tangkapan.

Dalam pemeriksaan berasingan, seorang lelaki dicekup berkhalwat bersama pasangannya tanpa sebarang ikatan suami isteri di sebuah bilik di hotel sama pada jam 1.10 pagi.

Anwar Shariffudin berkata, lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Perak itu ditahan berdua-duaan dalam bilik itu bersama pasangannya yang berusia 24 tahun yang menetap di daerah ini.

Beliau berkata, mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This