PROSES agihan kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) akan memuktamad sebelum Tahun Baharu Cina, 22 Februari ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dominic Lau berkata, perkara itu penting agar PN boleh memulakan gerak kerja dengan lebih awal.
“Persediaan ini penting bukan sahaja kepada calon PN tetapi membabitkan strategi yang akan diatur sama ada bagi menghadapi pertembungan dua, tiga atau empat penjuru.
“Siapa akan mewakili PN bertanding di DUN (Dewan Undangan Negeri) itu tidak penting tetapi yang terpenting kita hendak menang dan siapa yang boleh meletakkan calon yang boleh menang.
“Ini faktor lebih penting dipertimbang berbanding berapa kerusi GERAKAN bertanding? Berapa kerusi BERSATU dan berapa kerusi PAS bertanding,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Presiden UMNO beri bayangan pemilihan sebabkan perpecahan – Penganalisis
Beliau berkata demikian dalam sidang media, hari ini.
Dominic menambah, beberapa mesyuarat sudah diadakan sebelum ini dan beliau melihat PRN mungkin diadakan selepas hari raya.
“Terpulang kepada kuasa kerajaan negeri. Jika kita merujuk tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bulan terakhir (DUN terbubar) ialah pada Mei,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang berkata, gabungan itu akan akan bertanding di semua 40 kerusi DUN.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

