Wajibkan ujian saringan Covid-19 kepada pelancong dari China – Rizam

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan digesa untuk mewajibkan ujian saringan Covid-19 kepada penumpang pesawat yang tiba daripada China semasa ketibaan di pintu masuk negara.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, kaedah itu boleh dipertimbang melalui penilaian risiko destinasi pesawat berkenaan dan dilaksanakan secara menyeluruh ke atas penumpang ataupun melalui pensampelan rawak.

Jelas beliau, langkah kawalan yang lebih ketat juga boleh diambil bagi pelawat dari negara lain berasaskan penilaian risiko dari semasa ke semasa.

“Langkah intervensi ini adalah sangat penting bagi mengelakkan penularan gelombang baharu jangkitan Covid-19 di dalam negara terutamanya oleh varian baharu.

“Untuk itu, saya menyokong penuh strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengguna pakai kaedah Whole Genomic Sequencing (WGS) bagi pengesanan awal sebarang varian baharu di dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: KKM tawar 4,914 jawatan tetap tahun ini – Dr Zaliha

Mengulas lanjut, Rizam turut menyeru semua rakyat khususnya di Selangir untuk mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 terutama bagi golongan yang berisiko tinggi.

Jelas beliau, janji temu vaksinasi itu boleh ditempah melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk rekod, media antarabangsa melaporkan bahawa hampir 50 peratus penumpang yang tiba di Milan, Itali dari China adalah positif Covid-19 meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This