PENGERUSI Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor perlu meletak jawatan serta merta kerana dipercayai tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.
Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony berkata, tindakan itu perlu dilakukan Hajiji selari dengan Perlembagaan Negeri Sabah.
Jelas beliau, Perlembagaan Negeri Sabah menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai ketua parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
“Seterusnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta.
“KDM menyerahkan kepada kepada kebijaksanaan dan budi bicara Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin selaku Yang Di-Pertua Negeri Sabah untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu berdasarkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Sabah,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca lagi: UMNO, BN Sabah tarik balik sokongan kepada Hajiji
Semalam, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan menarik sokongan kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri.
Perkara itu disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi BN negeri.
Bung Moktar memaklumkan pendirian yang diputuskan dalam mesyuarat parti semalam dibuat kerana hilang kepercayaan kepada kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.
DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.
Dengan tindakan UMNO dan BN Sabah menarik sokongan malam ini, Kerajaan Sabah diterajui Hajiji kini mempunyai sokongan 41 ADUN iaitu 29 daripada GRS, PH (tujuh), KDM (3) dan masing-masing seorang ADUN daripada Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas.
Warisan mempunyai 19 kerusi manakala PAS satu kerusi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

