Malaysia bakal guna VAR dalam masa terdekat – FAM

Dari Penulis

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat, kata presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata, perancangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengadaptasi teknologi tersebut sejak akhir tahun lepas kekal menjadi keutamaan badan induk bola sepak tersebut.

“Berkenaan teknologi itu, kita akan umumkan tahun ini. Namun ia bukanlah menyeluruh untuk diguna dan mungkin sebagai contoh bagi Piala FA dan Piala Malaysia namun pada perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir.

“Ia bagaimanapun tidak boleh dilaksanakan bagi saingan liga dengan mengambil kira kos yang tinggi. Apapun, FAM dan MFL akan kekal melaksanakannya,” katanya.

Baca lagi: FAM hantar surat tak puas hati mutu pengadilan

Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas beliau diumum selaku pemenang Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AIS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, malam tadi.

Pada tahun lalu, FAM menyatakan kesediaannya memperkenalkan sistem VAR dalam Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This