Mahdzir Khalid nafi terlibat dengan ‘Langkah London’

Dari Penulis

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, beliau tidak terlibat dengan sebarang usaha yang digelar sebagai ‘Langkah London’.

Bagaimanapun, beliau mengakui berada di London ketika wujud khabar angin menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya kira, ke mana saja saya pergi pasti ada saja ‘langkah’ cumanya saya fikir jauhlah nak melangkah pergi sampai ke London.

“Saya akui memang saya pergi ke London, tapi saya tak berjumpa pun dengan orang-orang yang disebut dalam Langkah London itu,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Baca artikel lain: Sanusi diarah fail pembelaan kes saman Anwar selewatnya 13 Februari

Mahdzir menambah, beliau tidak mungkin terlibat dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan kerana menyokong penuh kepimpinan Anwar.

“Sebagai salah seorang pemimpin senior dalam UMNO, saya pun telah bersetuju dengan parti untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan saya berada dalam mesyuarat semasa keputusan untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PH dibuat.

“Jadi, kenapa pula tiba-tiba ada sekumpulan orang yang cuba mengaitkan nama saya dengan mengatakan kita berusaha untuk memberi helah bagi mencari jalan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan?

“Jadi, pada saya, saya nafikan perkara itu,” tegasnya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menafikan mempunyai perkaitan dengan perkara itu dan menyifatkannya sebagai fitnah jahat.

Desas-desus mengenainya disemarakkan dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang tidak menolak kemungkinan Perikatan Nasional (PNO) kembali berkuasa selepas menjalin pakatan baru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This