UMNO pada tahap paling lemah ketika ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UMNO dilihat berada pada tahap paling lemah pada ketika ini di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa sama, kepimpinan Ahmad Zahid yang lemah itu juga disifatkan berkemungkinan menjatuhkan lagi UMNO.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Kartini Aboo Talib menyifatkan perkara itu berlaku susulan tindakan beberapa pihak akar umbi parti tersebut yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), semalam.

Kartini berkata, laporan kepada RoS itu menjadi bukti bahawa masih ada ahli UMNO yang celik mata dan hati mahu mengembalikan roh perjuangan UMNO ke jalan tepat.

Menurut beliau, ia demi menjadikan UMNO sebagai parti Melayu yang mempertahankan bangsa dan agama.

“Kalau mereka hanya senyap dan menafikan barah yang menimpa UMNO, mereka tiada bezanya dengan Ahmad Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini dikenali sebagai oportunis demi survival parti tanpa mengira prinsip utama UMNO.

“Perjuangan mahu membersihkan UMNO menuntut pengorbanan besar atas nama perjuangan demi agama dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Berani atau dipergunakan? Sindir Puad kepada KJ isu dua ahli UMNO adu RoS

Semalam, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022, Sabtu lalu.

Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Sabtu lalu, majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This