PAS mendakwa tidak pernah mengamalkan politik wang sama ada ketika pemilihan pemimpin partinya atau pilihan raya.

PAS menegaskan parti itu tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi, berbanding pihak lain yang terkenal dengan amalan politik wang sam ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya, dan tiada keabsahan moral untuk membangkitkan perkara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO yang menyebut bahawa: “Kalau dia (PAS) buat dipanggil sedekah, kalau kita (UMNO) buat dipanggil rasuah,” ternyata ianya adalah suatu kenyataan yang jelas bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar Presiden PAS.

“Sedangkan Presiden PAS ketika menjawab soalan media di Negeri Sembilan semalam menyebut bahawa, undang-undang pilihan raya tidak membenarkan calon dan wakil calon memberikan sumbangan kepada pengundi, tetapi jika ada individu atau orang awam yang hendak memberikan sumbangan, terpulang kepada mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan akhbar

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau PAS sebagai sebuah parti yang bertanding.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram