Khairy Jamaluddin. GAMBAR: Abd Razak Aid

STATUS keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di dalam parti akan diketahui petang ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam sidang media hari ini.

“Petang ini,” katanya ringkas seperti dilapor Awani.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi.

Khairy sebelum ini membidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi kerana mempersoalkan tindakannya memuji beberapa ahli yang membuat aduan terhadap keputusan mengekalkan dua jawatan tertinggi parti.

Khairy mengkritik gesaan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan oleh rakan-rakan dalam partinya dan menyifatkannya sebagai kegilaan dan cubaan untuk menyekat demokrasi.

Malah, dalam kempennya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November lalu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mendakwa, UMNO telah hilang arah dan perlu kembali ke akar umbinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram