Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dimaklumkan bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Sumber kepada Malaysiakini memberitahu, Tengku Zafrul mungkin akan bertanding salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kota Raja.

“Memang ada perbincangan untuk membawa Tengku Zafrul ke salah satu DUN di Parlimen Kota Raja.

“Dia telah pun memindah keahlian UMNO ke bahagian Kota Raja bulan lepas. Tapi, bertanding di DUN mana, itu merupakan keputusan ‘top level’,” kata sumber itu.

Baca artikel lain: Persahabatan peribadi Anwar, Sultan Brunei bantu percepat perancangan kedua-dua negara

Satu lagi sumber pula memberitahu, nama Tengku Zafrul telah disenarai pendek untuk bertanding sama ada di DUN Sungai Kandis atau Kota Kemuning.

“DUN Sungai Kandis memang secara tradisi ditandingi UMNO. Sementara, DUN Kota Kemuning dibentuk selepas persempadanan semula pada 2018 ditandingi Gerakan mewakili BN.

“Pada PRU-14 kedua-dua DUN itu dimenangi PH. Jadi, saya percaya kena ada perbincangan di peringkat tertinggi BN dan PH untuk memberi laluan kepada UMNO pada kali ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram