SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan dua individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM60,000 sekitar 2020 hingga tahun lepas.
Menurut sumber, kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki berusia 30-an dan wanita berumur 50-an ditahan di pejabat SPRM Selangor, di sini sekitar 6.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, kedua-dua suspek berkenaan merupakan pemilik dan ketua penyelia syarikat perkhidmatan pembersihan dipercayai membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan membabitkan sebuah bangunan kerajaan di Kuala Lumpur.
“Kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan dokumen tuntutan palsu dari tahun 2020 hingga 2022 membabitkan kontrak bernilai lebih RM4.2 juta,” katanya.
Baca artikel lain: Rohingya makin ‘bermaharajalela’ di Melaka?
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

