KERAJAAN memperkenalkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pakej tersebut dilancarkan selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan bagi menurunkan kos sara hidup.
Menurut beliau, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan.
Fahmi memaklumkan, ia akan mula ditawarkan pada bulan hadapan dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
“Harga pakej yang ditawarkan adalah 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.
Baca artikel berkaitan: Penambahbaikan akses internet cetus ‘lonjakan kuantum’ ekonomi digital – Fahmi
“Ini bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, pakej tersebut dilancarkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM); CelcomDigi; Maxis; U Mobile; YTL; TIME Berhad dan Astro.
Jelas beliau, inisiatif tersebut bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malah merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.
“Ia juga mencerminkan bahawa Kerajaan Perpaduan terus berusaha dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga lebih rendah seiring konsep Malaysia Madani,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram