YANG Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menafikan mengamalkan nepotisme dengan melantik anaknya, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) kepada dirinya.
Memetik laporan Malaysiakini, Johari menegaskan Mohammed Iqbal sudah bekerja dengannya sejak beliau menjadi wakil rakyat 14 tahun lalu.
Menurut Johari, tiada sebarang pelantikan secara rasmi dibuat untuk anaknya itu menjadi pegawai di pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Iqbal ini pegawai saya semasa saya jadi wakil selama 14 tahun lepas, justeru sekarang dia hanya meneruskan tugasnya yang itu saja.
“Gaji dia juga saya yang bayar, jadi apa masalahnya?” kata bekas ahli Parlimen Sungai Petani itu.
Baca artikel berkaitan: Johari Abdul, dari kerusi Parlimen ke Yang Dipertua Dewan Rakyat
Mengulas lanjut, Johari berkata, pembayaran gaji Mohammed Iqbal tidak melibatkan sumber dana kerajaan.
Setakat ini, beliau memaklumkan, anaknya membantu untuk menyelesaikan beberapa urusan.
Ditanya mengenai nama Mohammed Iqbal yang tertera pada laman sesawang rasmi Dewan Rakyat, Johari membalas: “Itu biasalah…biasalah.”
“Ini bukan pelantikan, there’s nothing yet (tidak ada apa-apa setakat ini),” jelas beliau.
Semalam, seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Johari melantik anaknya sebagai pegawai Parlimen.
Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che’Gu Bard, Mohammed Iqbal dilantik sebagai PTTK kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Lebih mencurigakan lagi apabila sebelum ini dalam direktori Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat jawatan PTTK 1 tertera nama ‘Mohammed Iqbal bin Johari’, namun, selepas kes lantikan Nurul Izzah menjadi isu, nama pegawai berkenaan hanya diletak sebagai ‘Mohamed Iqbal’.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

