BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Memetik laporan New Straits Times (NST), bekas Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan, semua perolehan berhubung vaksin COVID-19 dibentangkan kepada Kabinet.
Sehubungan itu, beliau berkata, AGC mengetahui dan memberikan ulasan tentang perolehan vaksin tersebut.
“Perolehan ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi jawapan ringkas.
Bagaimanapun, usaha NST untuk mendapatkan komen seorang lagi bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak berhasil.
Baca artikel berkaitan: Perolehan vaksin dibuat tanpa persetujuan Peguam Negara – PM
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa perolehan vaksin COVID-19 dan kos yang dimuktamadkan sebelum ini tidak mengikuti peraturan.
Menurutnya, perolehan bagi vaksin itu telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan tanpa mendapat persetujuan AGC.
“Kementerian Kesihatan akan membentangkan Kertas Putih mengenai perolehan vaksin dan kos yang berkaitan, sebahagiannya tidak mengikuti peraturan.
“Hal ini akan diselenggarakan oleh Menteri Kesihatan, menteri undang-undang akan menyiapkan kertas menteri atau salah satu kertas menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

