Kelantan perlukan pembangkang kuat untuk semak, imbang

Dari Penulis

KELANTAN memerlukan gabungan pembangkang yang kuat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pembangkang yang kuat penting bagi memastikan tugas semak dan imbang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Tumpuan Pakatan Harapan (PH) dan BN lebih kepada untuk menjadi pembangkang yang kuat dan bukan menggantikan kerajaan sedia ada.

“Perkara ini, kalau ada pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) perkara tersebut dapat dibahaskan secara lebih mendalam dan pandangan berbeza dapat dibangkitkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Makan Malam PKR bersama pengamal media Kelantan pada Ahad.

Baca artikel lain: Fadhlina nasihat calon fokus, sabar jawab soalan SPM

Menurut beliau, PKR sudah menjalankan kajian sikap kepada rakyat Kelantan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ujarnya, melihat keputusan itu Kerajaan Perpaduan perlu bekerja lebih keras untuk menawan hati rakyat Kelantan pada PRN nanti.

Nik Nazmi berkata, PH dan BN perlu merangka strategi terbaik kerana Pas sudah mentadbir negeri ini lebih 30 tahun.

“Bagaimanapun, kita lega PRN kali ini hanya melibatkan pertembungan dua penjuru di negeri ini antara Pas dengan PH dan BN sahaja.

“Situasi itu memberikan sedikit kelebihan selepas bertembung tiga penjuru pada PRU-15 lalu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This