Ahli keluarga sahkan Nurul Shuhada ditumbuk oleh Hafidz Roshdi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

WAKIL ahli keluarga kepada Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan isteri kepada Hafidz Roshdi itu ditumbuk tiga kali oleh pelakon itu selepas berlaku pertengkaran diantara mereka, pagi tadi. 

Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa, Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga mengalami kecederaan.

“Betul. Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.

“Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudian Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” katanya ketika dihubungi URTV.

Dalam pada itu, wakil keluarga tersebut memberitahu, Nurul Shuhada telah dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu, laporan polis juga sudah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan insiden itu.

“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan membawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.

“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. 

“Dia sudah dibenarkan pulang oleh doktor dan tidak ditahan di wad,” ujarnya lagi.

Sementara itu, ahli keluarga tersebut memaklumkan Nurul Shuhada masih lagi dalam keadaan terkejut.

“Dia masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Ketika ini dia memerlukan masa untuk berehat.

“Tapi Alhamdullilah, keadaan dia sekarang makin stabil,” ulasnya.

Terdahulu, Nurul Shuhada mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya ketika ini.

Menerusi tiga hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) Story, Nurul Shuhada memaklumkan, dia kini sedang menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, gambar dimuat naik menunjukkan ibu kepada dua cahaya mata itu mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.

Dalam entri lain, Nurul Shuhada meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya iaitu Athira Yuhada.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This