Dakwa kerajaan bakal tumbang, Abdul Hadi mengigau, kata PM

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang ‘mengigau’ apabila mendakwa Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini bakal tumbang.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, terpulang kepada Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tak apalah..itu hak dia (Abdul Hadi) untuk merancang dan mengigau,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Abdul Hadi sewaktu membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Ketika itu, Abdul Hadi mengingatkan kerajaan supaya tidak menyalahkan pembangkang sekiranya pentadbiran hari ini jatuh sekali lagi.

Baca artikel berkaitan: Kalau kerajaan jatuh lagi bukan ‘tebuk atap’ tapi ‘atap bocor’, kata Abdul Hadi

Ini kerana, Abdul Hadi mendakwa pembangkang bukanlah ‘menebuk atap’ sebaliknya ‘atap itu bocor’.

“Selepas PRU-15, parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) mempunyai jumlah kerusi yang tidak mencukupi dan terpaksa menggabungkan semua parti-parti kecil dan segala yang berpenyakit bagi mencukupkan jumlahnya dalam kerajaan yang bergelora sebagaimana disaksikan rakyat.

“Kalau jatuh lagi, ini disebabkan ‘pintunya terbuka’ dan dindingnya pecah,” katanya.

Abdul Hadi dalam ucapan pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah turut meramalkan kerajaan pimpinan Anwar akan tumbang dalam masa terdekat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This