Terima kasih atas cacat kekal di muka aku, Allah tahu kau tak pernah beli beras – Nurul Shuhada

Dari Penulis

SUSULAN dakwaan dikasari dan ditumbuk sebanyak tiga kali di muka, isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri terus membuka kisah mengenai perangai sebenar aktor itu.

Berkongsi luahan di Instagram Story, ibu kepada dua cahaya mata itu meyindir Hafidz dengan mengucapkan terima kasih kerana menyebabkan mukanya mengalami cacat kekal kesan daripada perbuatannya.

Malah, Nurul Shuhada turut berharap Allah akan membalas setiap kekasaran dan derita yang dialami sepajang perkahwinan mereka dulu terhadap Hafidz.

ARTIKEL BERKAITAN : Ahli keluarga sahkan Nurul Shuhada ditumbuk oleh Hafidz Roshdi, Polis terima laporan pelakon lelaki tumbuk mata isteri hingga cedera

“Terima kasih atas cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda.

“Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah.

“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati. Kau takkan tenang dan kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk ‘back up’ diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia…teruskan.

“Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras,” luahnya.

Sementara itu, Nurul Shuhada terus menyangkal dakwaan pihak ketiga yang merupakan penyondol dalam rumah tangga mereka bahawa mereka sudah lama tidak berhubung.

Apa yang dah jadi, Allah hendak terterakan depan mata yang penyesalan daripada seorang manusia, jangan kau ukur dengan janji di mulut.

“Menganggap diri sebagai mangsa keadaan dan rasa apa yang dia buat selama ini tidak pernah salah.

“Tetapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari pokok.

“Tak pernah lagi berhubung adalah satu hal yang merepek. Apa yang pasti, dia ‘stalk’ saya dan membaca setiap komen-komen di media sosial saya.Ini sangat kelakar,” ujarnya.

Justeru, Nurul Shuhada berazam untuk tidak lagi menjadi manusia yang selalu bersangka baik terhadap individu lain.

Malah, wanita berusia 29 tahun itu juga akan memperjuangkan haknya sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak.

Semalam, wakil keluarga Nurul Shuhada yang enggan namanya didedahkan telah mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga cedera.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This