GLC sumbang RM20 juta bantu mangsa banjir Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SYARIKAT-syarikat milik kerajaan (GLC) akan mengumpulkan dana sejumlah RM20 juta bagi membantu rakyat Johor yang terjejas ekoran bencana banjir ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menghubungi semua GLC penting Kerajaan Persekutuan bagi memastikan syarikat berkenaan terlibat membantu mangsa-mangsa banjir.

Jelas beliau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyelesaikan masalah elektrik yang terputus ekoran banjir pada kadar segera.

Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan, Yayasan Sime Darby turut menyediakan kit kesihatan untuk 1,500 keluarga.

“Saya telah hubungi semua GLC penting Kerajaan Persekutuan. GLC termasuk TNB akan turun menyelesaikan masalah elektrik segera.

“Yayasan Sime Darby menyediakan kit kesihatan untuk lebih 1,500 keluarga selain mengumpulkan dana RM20 juta tambahan untuk rakyat Johor. Saya ucap terima kasih kepada GLC,” katanya.

Baca artikel berkaitan: PM arah projek tebatan banjir RM600 juta disegerakan, dilaksana Jun

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah, Segamat.

Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan kerajaan tidak bercadang mengisytiharkan darurat khususnya di Johor ekoran bencana banjir yang berlaku.

Beliau memaklumkan, keadaan banjir di negeri tersebut masih terkawal.

“Keputusan kerajaan tidak isytihar darurat kerana hujan dijangka berkurangan dan di beberapa tempat (banjir) sudah sedikit surut, walau beberapa tempat mengalami banjir termenung. Ini mengambil masa sedikit untuk surut.

“Namun tidak perlu darurat setakat ini kerana keadaan cuaca semakin baik dan banjir agak berkurangan. Itu yang dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This