Radzi nafi dakwaan Ganabatirau sekolah di Klang dianaktirikan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DAKWAAN Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman bahawa kawasan itu dianaktirikan oleh kerajaan terdahulu khusus melihatkan hal ehwal persekolahan adalah tidak benar.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberitahu, ketika masih di Kementerian Pendidikan (KPM) terdapat lima buah sekolah di Klang telah diluluskan peruntukan sama ada untuk pembinaan bilik darjah atau bangunan baharu.

“Semasa perbahasan YB Ganabatirau Veraman, Ahli Parlimen Klang semalam, beliau ada menyentuh berkaitan kawasan Klang tidak diberi perhatian oleh kerajaan terdahulu.

“Sebagai salah seorang Menteri Pendidikan terdahulu, saya cuba untuk mencelah untuk memberikan penjelasan. Namun, tidak diberikan ruang.

“Untuk makluman YB Klang, ketika saya di KPM antara sekolah yang lulus di RP1-RMK12 dan RP2-RMK12 di Klang adalah SMK Kota Kemuning (2), Klang – pembinaan baharu 42 bilik darjah; SK Bukit Raja, Klang – pembinaan baharu 36 bilik darjah dan SMK Meru (2), Klang – pembinaan baharu 42 bilik darjah.

Baca artikel lain: Kenyataan Abdul Hadi tidak bertanggungjawab

“Terdapat dua projek pembinaan bangunan baharu SK Pulau Indah, Klang – bangunan baharu 12 bilik darjah dan dewan terbuka dan SMK Meru, Klang – bangunan baharu yang mengandungi lapan bilik darjah PPKI dan kemudahan lain,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Radzi menegaskan, perancangan untuk projek-projek penbinaan sekolah baru mengikut proses yang telus dan mengambil kira kepadatan penduduk di satu-satu kawasan.

“Tidak timbul isu menganaktirikan siapa-siapa. Saya percaya proses yang sama akan diteruskan oleh KPM pada masa akan datang,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This