PAS mempersoalkan janji parti tertentu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak kerana kebanyakan menteri yang bertanggungjawab mengenai masalah terebut bukan daripada parti tersebut.
Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, sebaliknya meramalkan parti terbabit tidak akan memenangi sebarang kerusi di Kelantan dan beberapa negeri lagi pada PRN.
Walaupun tidak menyebut parti mana, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada UMNO yang mana Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menyatakan partinya boleh menyelesaikan masalah air di Kelantan jika diberi mandat memerintah dalam PRN kelak,
“Ada pihak berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika diberi mandat dalam PRN nanti.
“Lupakah beliau bahawa Menteri Air (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) bukan dari partinya, Perdana Menteri pun bukan dari partinya, Menteri yang jaga kantung negara juga bukan daripada partinya.
“Bagaimana nak buat keputusan perolehan yang besar jika semuanya itu bukan daripada partinya?,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
BERITA BERKAITAN UMNO tekad selesai masalah air Kelantan jika diberi mandat
Sebelum ini, UMNO merayu kepada pengundi di Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada PRN nanti bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri itu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata masalah air di Kelantan adalah janji UMNO yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.
Pada masa sama, Ahmad Fadhli turut mempersoalkan adakah menteri tertentu menggunakan kuasa untuk bagi pengecualian.
“Adalah diramalkan, Insya-Allah partinya itu tidak mendapat satu kerusi pun di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram