Mat Sabu berbohong isu tempahan dewan Maeps – Setiausaha Politik Sanusi

Dari Penulis

SETIAUSAHA Politik Menteri Besar Kedah mendakwa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berbohong mengenai kelulusan program berbuka puasa anak Kedah bersama Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

Hilmi Abd Wahab berkata, kenyataan Mohamad bahawa kementeriannya tidak pernah memberi arahan untuk membatalkan sewaan dewan Maeps bagi program itu adalah pembohongan.

Ini kerana katanya, pihaknya bersama syarikat katering dan pengurusan Maeps pada 23 Mac lalu bersetuju menyewa dewan itu dengan bayaran RM70,000.

“Bagaimanapun, pada 29 Mac, saya menerima kiriman WhatsApp daripada pihak katering bahawa kementerian menghubungi pengurusan Maeps dan tidak membenarkan premis di Maeps disewa untuk majlis itu.

“Alasannya kerana gambar menteri besar ada dalam poster majlis dan beliau dijadualkan menghadiri majlis tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Sanusi dilaporkan mendakwa majlis berbuka puasa anjuran pihaknya “diganggu” selepas dilarang menyertai acara anjuran kerajaan pusat.

Katanya, kelulusan lokasi majlis berbuka puasa anak Kedah bersamanya di Maeps, Serdang, dijadualkan pada 9 April ini ditarik balik.

Bagaimanapun, Mohamad semalam dilaporkan hairan dengan dakwaan Sanusi program anjurannya di Maeps dibatalkan sedangkan tempahan belum diluluskan.

“Saya pelik juga dengan dakwaan menteri besar Kedah itu sedangkan pengurusan dewan Maeps belum mengeluarkan apa-apa surat persetujuan menerima tempahan tersebut,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Sanusi dan PAS boleh menyebarkan poster majlis berbuka puasa anak Kedah di perantauan bersama menteri besar itu sebelum lokasinya disahkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This