Isteri dedah wajah ‘penyondol’ rumah tangga, netizen mula buat spekulasi ND Lala kahwin kedua

Dari Penulis

STATUS isteri kepada penyanyi dan pelakon era 80-an,Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman mengundang perhatian ramai apabila dia bertindak berkongsi gambar seorang wanita yang didakwa orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Menerusi Instagram miliknya, Fauziah mendedahkan wajah sebenar wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani yang menjadi punca suaminya berkahwin lain.

“Penyondol…Siti Munirah Abdul Ghani @ndlalaofficial,” tulisnya di ruangan kapsyen gambar terbabit.

Susulan pendedahan tersebut, rata-rata pengikut Fauziah di ruangan komen terkejut dan menasihatkan agar dia bersabar berdepan ujian rumah tangga.

“Memang selalu wanita cantik kena tinggal laki (suami) ke? Aku yakinn dengan muka aku sekarang ni.

“Aku pelik ni kalau ya pun nak cari skandal, carilah yang lebih cantik daripada isteri yang dah bersusah payah dari dulu. Sekurangnya dah susah senang sama-sama pun masih cantik lagi. Aduhai.

“Maknanya yang tular haritu betullah. Ya Allah sedihnya kenapalah semua nak sondol suami orang. Carilah orang bujang, susah senang sama-sama bukan senang baru nak tumpang,” komen netizen.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada spekulasi megnenai ND berkahwin lain atau sebaliknya.

Malah, Fauziah tidak lagi mengikuti Instagram suaminya selain turut memadam gambar-gambar mereka di media sosial tersebut.

Difahamkan juga Siti Munirah merupakan rakan sekolah anak pasangan ini yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah.

Akhir Februari lalu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This