OPS Tiris yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menyelamatkan 1.4 juta liter subsidi diesel yang bernilai RM3,025,336.
Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, menerusi Ops yang bermula 1 Mac sehingga 4 April 2023 itu, sebanyak 3,654 premis telah diperiksa dengan sejumlah 95 kes dihasilkan.
Jelas beliau, Ops Tiris yang berkuatkuasa selama enam bulan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos 2023 turut melibatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa yang lain.
Katanya, ia bagi menggerakkan arahan pemeriksaan dan operasi secara bersama ke atas barang kawalan berjadual bersubsidi jenis minyak diesel.
“Tindakan pemeriksaan dan operasi dirancang di semua peringkat agensi penguatkuasa termasuklah melibatkan serahan kes daripada rakan strategik.
“Kita mengambil maklum pembentangan belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan isu ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel dengan anggaran hampir 10 billion ringgit nilai subsidi telah diselewengkan pada tahun 2022.
“Susulan dengan mandat tersebut, kita telah mengambil tindakan segera dengan mewujudkan Task Force bersama agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca ketirisan dan mencari jalan penyelesaian yang konkrit secara kerjasama strategik bagi mengurus isu ketirisan subsidi diesel,” katanya dalam kenyataan.
Baca lagi: KPDN rampas 5,000 liter minyak diesel dalam Ops Tiris
Mengulas lanjut, Azman berkata, KPDN telah menjalankan Ops Tiris bersama Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Port Klang di sekitar perairan yang berpotensi berlaku situasi ketirisan luar negara semalam.
Katanya, KPDN akan terus mengadakan sesi libat urus bersama agensi penguatkuasa relevan bagi memberikan penerangan atau panduan berkaitan gerak kerja serta perancangan taktikal Ops Tiris Bersepadu.
“KPDN ingin memberikan penekanan bahawa komitmen Kementerian adalah serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyeludupan/ penyelewengan barangan bersubsidi diesel di dalam Negara, sama ada di darat dan laut,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

