Harga tiket KL-Tawau RM3,138 tak tepat, kelas ekonomi telah habis – Anthony Loke

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DAKWAAN bahawa harga tiket penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tawau yang melonjak naik hingga mencecah RM3,138 pada 20 April ini disifatkan tidak tepat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Kapten Izham Ismail yang mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada hari tersebut telah habis dijual.

Menurut Anthony Loke, tiket yang tinggal untuk penerbangan itu hanyalah kelas perniagaan.

Pada masa sama, beliau berkata, Izham turut mengesahkan harta tiket seperti didakwa Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berjumlah RM3,138 itu juga tidak tepat.

Katanya, harga tiket untuk kelas perniagaan ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138.

“Saya telah menghubungi Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonmi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.

“Ini fakta yang perlu diperbetulkan. Sebagai bekas Menteri Pengangkutan, saya yakin Ka Siong faham perbezaan antara tiket kelas perniagaan dan kelas ekonomi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Harga tiket penerbangan KL-Tawau cecah RM3,138, mengejutkan kata Ka Siong

Bagaimanapun, Anthony Loke turut mengucapkan terima kasih kepada Ka Siong atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan dan pandangan mengenai tambahan kapasiti.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Seremban itu memaklumkan akan mengadakan sidang media khas pada pukul 12 tengah hari, esok.

“Sidang media khas itu untuk memberikan fakta tambahan kapasiti penerbangan untuk musim Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Ka Siong dalam ciapan di Twitter mendakwa harga tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini menjangkau RM3,138.

Beliau berkata, harga tiket penerbangan yang mahal itu amat mengejutkan sekali gus mengecewakan orang ramai khususnya pengguna pengangkutan awam.

Menurut Ka Siong, syarikat penerbangan tiada lagi alasan untuk tidak menambah frekuensi selagi ada kemampuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This