Sivakumar disoal siasat SPRM buat kali kedua?

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar buat kali kedua berhubung siasatan isu pekerja asing.

Menurut laporan Free Malaysia Today yang memetik sumber, Sivakumar telah disoal siasat buat kali kedua pada hari Isnin lalu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Batu Gajah itu telah pun memberi keterangan di pejabat SPRM mengenai kes yang sedang disiasat itu pada hari Ahad lalu.

Bagaimanapun, sumber tersebut tidak mendedahkan lokasi soal siasat kedua itu.

“Penyiasat akan terus mengumpul maklumat berhubung jejak wang itu,” kata sumber.

Baca artikel berkaitan: Tiada arahan supaya Sivakumar bercuti – Anthony Loke

Sementara itu, seorang pegawai Sivakumar menafikan bahawa menteri itu telah dipanggil semula SPRM.

Isnin lalu, Sivakumar menyangkal dakwaan bahawa kediaman beliau digeledah SPRM.

Media sebelum itu melaporkan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar bagi melengkapkan siasatan kes.

Media melaporkan, penggeledahan bagi menjejaki wang yang disyaki terbabit dalam kes sedang disiasat SPRM membabitkan beberapa pegawai kanan di kementerian berkenaan.

SPRM sebelum ini dilapor menyerbu pejabat kementerian di Putrajaya, di mana seorang pegawai kanan Sivakumar ditahan.

Sehari kemudian, SPRM menahan Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia itu berhubung siasatan rasuah itu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dari Ipoh dalam siasatan dikatakan membabitkan rasuah bernilai RM97 juta.

Difahamkan siasatan SPRM turut bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This