Elly Mazlein balik kampung naik kapal terbang, seronok beraya suasana kampung di Kelantan

Dari Penulis

TAHUN ini pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein akan pulang ke kampung mentuanya di Kelantan dengan menaiki kapal terbang.

Disebabkan anak-anaknya masih kecil, justeru bagi memudahkan perjalanan, dia dan suami Mohamad Azlan Che Nuh memilih pengangkutan udara berkenaan kerana tempoh perjalanan yang singkat dan boleh sampai ke destinasi dengan cepat.

“Saya dan keluarga setiap tahun akan pulang ke Kelantan dahulu…belah suami saya.

“Saya ada anak kecil, jadi saya balik ke sana dengan menaiki kapal terbang. Selepas itu baru saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan sambung beraya di Perak, keluarga belah saya.

“Saya ada dua helai baju raya yang baru, jadi hari raya ketiga nanti saya akan ‘recycle’ baju lama sahaja,” katanya kepada URTV.

Di samping itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas ini menceritakan pengalaman dan suasana beraya di Kelantan yang disifatkan sebagai pengalaman yang amat menyeronokkan.

“Saya berasa sangat seronok dengan suasana kampung di Kelantan. Jadi, setelah saya sampai ke sana, saya dan keluarga suami akan masak bersama-sama.

“Sambutan hari raya Aidilfitri di sana sememangnya sangat meriah dan saya makan apa sahaja yang terhidang sebab seperti sedia maklum orang Kelantan memang akan makan berat pada waktu pagi.

“Saya rasa terharu sebab ramai peminat yang memahami untuk beri saya beraya dengan keluarga saya dahulu dan selepas itu baru mereka datang serbu di rumah.

“Menu istimewa saya akan masak di sana adalah rendang tapi versi berkuah dan saya akan buat juga kuah kacang yang mengandungi daging di dalamnya,” kongsinya.

Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh, 33, pada 17 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haider Mateen Mohamad Azlan, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tujuh tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah...

More Articles Like This