Luqman Long sahkan letak jawatan pegawai Hannah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Luqman Long mengesahkan bahawa beliau telah pun meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (Strategik) kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. 

Dalam ciapan balas di Twitter, Luqman memberitahu telah pun memaklumkan kepada Hannah untuk meletakkan jawatan pada minggu pertama bulan ini. 

Jelas beliau, pejabat Menteri Belia dan Sukan itu juga telah mengambil maklum tentang peletakan jawatannya. 

“Saya dah maklum untuk berhenti sejak minggu pertama bulan April 2023 lagi. 

“Notis sebulan, pejabat pun dah tahu lama. 

“Huru-hara semua bila saya tegur pasal rumah terbuka. Cuba bertenang makan kuih raya itu,” katanya dalam ciapan tersebut. 

Terdahulu, Luqman dalam satu ciapan Isnin lalu seolah-olah menyindir langkah kerajaan mengadakan rumah terbuka di tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan. 

Beliau seolah-olah menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengadakan rumah terbuka di tiga negeri itu berbanding di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya seperti kebiasaannya. 

Baca artikel berkaitan: Pemuda UMNO Perak ‘letak tepi’ kritikan KJ

Perancangan mengadakan rumah terbuka di tiga negeri ditadbir pembangkang itu dilihat berkait dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri termasuk Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi.

“Bayangkan reaksi jika Ismail Sabri (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) anjurkan sambutan raya di enam, tujuh negeri,” kata Luqman.

Sementara itu, portal berita FMT yang memetik seorang pegawai Hannah, mengesahkan Luqman sudah menghantar notis peletakan jawatan itu, namun tidak memaklumkan alasan beliau berbuat demikian.

Peletakan jawatan itu seolah-olah memperlihatkan hubungan renggang antara MUDA yang juga antara rakan kerjasama dalam kerajaan perpaduan, dengan Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, MUDA pernah membangkitkan rasa tidak puas hati selepas tidak menerima jemputan menghadiri mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This