DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan sama ada UMNO yang menjadi pengasas dan tonggak menyatukan Melayu dan Islam masih mampu memikul peranan tersebut selepas 77 tahun parti itu ditubuhkan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, agenda untuk melemahkan bangsa Melayu dengan konsep pecah dan perintah tidak pernah pudar.
Menurut Ismail Sabri, sebelum penubuhan UMNO, bangsa Melayu lemah kerana berpecah dan tidak bersatu.
Malah, Naib Presiden UMNO itu berkata, bangsa tersebut senang dipecah perintah oleh penjajah Inggeris.
“Dengan penyatuan Melayu di bawah UMNO, bangsa ini menjadi kuat sehingga mampu membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu, membawa pembentukan Malaysia, membangunkan negara, memajukan bangsa Melayu dan kaum bumiputera tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.
Baca artikel berkaitan: Ulang tahun ke-77: UMNO tunjuk jalan teladan jayakan politik baharu – Zahid
“Kini setelah 77 tahun UMNO ditubuhkan, apakah UMNO yang menjadi pengasas dan tonggak menyatukan umat Melayu dan Islam masih mampu digalas oleh UMNO?,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menyifatkan hari ini sebagai tarikh yang cukup bermakna kepada ahli UMNO kerana menyambut ulang tahun parti itu yang ke-77.
“77 tahun lalu, UMNO ditubuhkan bagi menyatupadukan umat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
“Menggabungkan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bergerak secara bersendirian di setiap negeri.
“Selamat menyambut hari ulang tahun UMNO yang ke-77,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

