Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

MASALAH air di Kelantan yang dilihat tidak pernah kunjung selesai sehingga kini dipercayai disebabkan oleh kaedah tadbir urus Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkara itu diakui sendiri oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjawab jawatan sebagai Menteri Alam Sekitar Dan Air.

“Soal peruntukan memang menjadi sebahagian isu. Namun, perkara utama adalah masalah tadbir urus AKSB yang gagal.

“Sebab itu soal peruntukan kita boleh bincang. Namun, jika pengurusan dan tadbir urus AKSB tidak selesai, bagilah duit macam mana pun, masalah air di Kelantan tidak akan selesai,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Townhall Madani di UiTM Machang, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan memerlukan RM7 bilion bagi menyelesaikan keseluruhan masalah air dihadapi negeri itu sejak puluhan tahun lalu.

Baca artikel lain: Ulang tahun ke-77: UMNO tunjuk jalan teladan jayakan politik baharu – Zahid

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, masalah utama yang dihadapi Kelantan untuk menyelesaikan masalah berkenaan ialah isu kewangan.

Katanya, pada asalnya kos untuk masalah itu sebanyak RM2 bilion, kini meningkat kepada RM7 bilion.

Nik Nazmi berkata, kementeriannya akan melihat komitmen kerajaan Kelantan bagi membolehkan kerajaan Persekutuan membantu menyelesaikan masalah air.

“Jika nak kata soal air tidak mencukupi di Kelantan, permintaan air di Kelantan tidak tinggi sebagaimana negeri lain,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare