Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap 4

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

IBU kepada pelakon Liyana Jasmay iaitu Datin Habsah Simpon,66, meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat pada pukul 8.30 pagi hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita sedih itu dikongsikan oleh pengurus Liyana iaitu Wani.

“Ibu Liyana sebenarnya baru dua bulan disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat. Dua minggu lalu, arwah ada mendapatkan rawatan di HKL.

“Keadaan arwah semalam memang agak teruk sebab paras bacaan oksigen dalam badannya sangat rendah sehinggalah disahkan meninggal dunia pagi tadi,” katanya kepada URTV ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Wani, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Iman Kemensah, Selangor untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Sementara itu, menerusi entri di Insta Story Liyana, dia memuat naik gambar bersama ibunya dan memberikan ucapan penghargaan kepada wanita yang disayanginya itu.

“Kerjaya saya, hidup saya, masa yang mama luangkan untuk saya. Tunggu saya sehingga habis shooting dan apa saja yang mama lakukan buat saya gembira.

“Tak pernah saya tahu ada mak yang teman anak belajar di luar negara berbulan-bulan, tinggalkan babah. Dan babah pun sanggup lepaskan mama untuk menjaga saya.

“Saya sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang terbaik. Itulah sebab kamu sangat istimewa, mama. Mama saya yang cantik,” tulis Liyana.

Untuk makluman, bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada 17 Disember 2021 akibat kanser paru-paru pada usia 68 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This