Pegawai perkhidmatan ditahan SPRM terima habuan projek Penjana RM1.3j

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai perkhidmatan kerana disyaki menerima habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat pada 2021 hingga 2022.

Free Malaysia Today dalam laporannya yang memetik sumber, lelaki berusia 20-an itu ditahan selepas dipercayai ada kaitan dengan tindakannya menerima habuan sebagai dorongan meluluskan permohonan bayaran insentif pengambilan pekerja di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) bernilai RM1.3 juta.

Kata sumber, suspek dipercayai ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, 4 petang tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber itu, suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan menerusi seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah kepada pemilik syarikat tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This