DATUK Seri Anwar Ibrahim berharap penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) yang melabuhkan tirainya semalam akan mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, LIMA ’23 juga menjadi pemangkin bagi merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.
Pada masa sama, beliau turut berharap acara tersebut menyumbang kepada kejayaan dan kekal membawa pulangan berganda meliputi sektor ekonomi, perdagangan, pertahanan dan keselamatan.
“Semestinya besar harapan agar LIMA ‘23 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim sekali gus merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia,” katanya hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kesungguhan jayakan Malaysia Madani, PM umum peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia
Perdana Menteri turut berkongsi video rakaman sepanjang beliau melawat LIMA ’23 dalam hantaran tersebut.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada majlis penutupan LIMA ‘23 semalam berkata perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA ‘23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan.
LIMA ‘23 yang merupakan edisi ke-16 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula Selasa lepas dan berakhir semalam.
LIMA edisi seterusnya dijangka berlangsung pada Mei 2025.
Penganjuran tahun ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (sektor komersial).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

