KKM alu-alukan pengamal perubatan swasta sertai Skim Perubatan Madani

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengalu-alukan pengamal perubatan swasta umum (GP) untuk menyertai program Skim Perubatan Madani.

Ini terutamanya GP di 10 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak)

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

“KKM dengan ini menjemput GP di lokasi yang terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani bermula hari ini.

“Layari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

“ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Pegawai AS, Israel bincang urusan babit Iran, Rusia dan Palestin

Semasa pembentangan Bajet 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Perubatan Madanisebagai salah satu inisiatif bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

Skim Perubatan Madani merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Penerima boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula 15 Jun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This