PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada dua buah sekolah yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023.
Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang yang tersenarai dalam kategori Inovasi manakala SK Kanchong Darat, Selangor tersenarai dalam kategori Gaya Hidup Sihat.
“Salut saya buat warga pendidik dan anak-anak atas pencapaian ini, semoga terus mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.
Baca artikel lain: Bantuan Musim Tengkujuh kini dibuka beri manfaat 318,750 pekebun kecil
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 menawarkan, lima hadiah bagi meraikan sekolah yang telah memberikan impak besar kepada pelajar, komuniti dan masyarakat.
Pemenang daripada lima kategori iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Gaya Hidup Sihat akan menerima sebahagian daripada sumbangan bernilai AS$250,000.
Pengumuman tiga finalis terbaik untuk setiap kategori akan dibuat pada September manakala penyampaian hadiah dijadualkan bulan Oktober nanti.
Pada tahun 2022, SK Kempadang, Pahang, telah tersenarai sebagai tiga sekolah terbaik dunia dalam kategori Inovasi, manakala SMK Kampong Jawa tersenarai 10 terbaik kategori Menangani Cabaran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

