Ketepi ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia mengetepikan ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara tanpa mengira bangsa, terutama dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir.

Menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri baginda Hajar dan anak baginda Nabi Ismail dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, Perdana Menteri berkata ia menjadi asas keyakinan dalam membawa amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa.

“Ini tekad dan sumpah kita. Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya.

“Kepada rakyat Malaysia yang menunaikan haji di tanah suci saya mendoakan agar beroleh haji yang mabrur dan semoga selamat pulang ke tanah air,” katanya dalam perutusan Aidiladha yang disiarkan di akaun Facebooknya hari ini.

Baca artikel lain: Kempen penerangan di sekolah tarik bukan Bumiputera sertai tentera – PTD

Anwar berkata tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah korban sempena memperingati pengorbanan suci Nabi Ibrahim dan keluarga baginda.

“Meski serba kekurangan, di tanah serba gersang dalam daerah yang sepi tidak berpenghuni, namun hakikatnya tetap subur dibasahi keimanan dan kasih sayang serta keikhlasan jiwa menurut perintah yang Maha Esa.

“Pengorbanan inilah yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital baharu 400 katil bakal dibina, atasi kesesakan kritikal di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti pembinaan Hospital Hang Tuah Jaya di Durian Tunggal sebagai keperluan mendesak bagi menangani masalah...

More Articles Like This